PLAT WWW 1 BAKAL MENCECAH NILAI RM500 RIBU?

PLAT WWW 1 BAKAL MENCECAH NILAI RM500 RIBU?

1 73

Adakah anda pernah terfikir untuk membeli no plat kenderaan dengan nilai melebihi Rm1000? RM10,000? atau paling mahal pun RM100,000? Jika anda pernah terniat kearah itu anda mungkin layak untuk menyertai tender no pendaftaran paling unik di negara kita ini, WWW 1 yang akan dibukan tidak lama lagi.

Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April 2012 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.

Menurut beliau lagi, sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000.

p/s : nak booking harga RM200 pon fikir berkali-kali last-last tak jadi.. huhu