RAPTAI AKHIR PERTABALAN AGONG BERJALAN LANCAR

RAPTAI AKHIR PERTABALAN AGONG BERJALAN LANCAR

0 38

Raptai penuh istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berjalan lancar dengan hampir semua persiapan untuk upacara itu yang bakal berlangsung buat julung kali di Istana Negara, Jalan Duta, tersusun rapi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata raptai terakhir itu bertujuan mengenal pasti sebarang penambahbaikan dan pembetulan yang perlu dilakukan menjelang istiadat pertabalan itu pada Rabu.

Menurut beliau, berdasarkan raptai hari ini, dijangka majlis pertabalan itu akan berlangsung kira-kira sejam dan dihadiri kira-kira 780 tetamu kehormat. Dua raptai istiadat pertabalan berkenaan sebelum ini diadakan pada Khamis dan Jumaat lalu. Datuk Seri Dr Rais Yatim, selaku Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Pertabalan itu, berkata istiadat pertabalan penuh tradisi akan berlangsung di Balairong Seri istana itu.