AARON AZIZ BERJAYA DAPAT TARAF PENDUDUK TETAP MALAYSIA

AARON AZIZ BERJAYA DAPAT TARAF PENDUDUK TETAP MALAYSIA

1 132
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Inilah berita yang paling baru ammboi baca. Tak tahulah kalau orang lain dah lama basi yer. Apapun tahniah kepada Aaron Aziz kerana beliau kini dikatakan sudah berjaya mendapat Taraf Penduduk Tetap di Malaysia. Jika perkara ini benar maka pastinya makin bertambahla rezeki Aaron Aziz yer.

Sehingga kini beliau dikatakan hanya tunggu masa nak umumkan secara rasmi je perkara ini dan ambil kad pengenalan MyPR di Pejabat Pendaftaran Negara. Dibawah merupakan petikan laman Budiey mengenai laporan yang berkenaan.

Permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Cuma mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan masa terbaik bagi pelakon filem Ombak Rindu itu untuk mengambil MyPR, kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di pejabat tersebut.

“Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil”, katanya ringkas.

Perkara tersebut dikongsi sendiri Aaron yang ditemui sebaik selesai wawancaranya bersama Berita TV9 petang semalam. Aaron bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

p/s : apapun tahniah ammboi ucapkan… maka semakin sengitlah ‘dunia’ seni di Malaysia yer.. huhu