CUEPACS MAHU PENGERUSI NEUTRAL DILANTIK KETUAI SURUHANJAYA KHAS KAJI PERKHIDMATAN AWAM

CUEPACS MAHU PENGERUSI NEUTRAL DILANTIK KETUAI SURUHANJAYA KHAS KAJI PERKHIDMATAN AWAM

0 50

Setelah pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengekalkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Khas untuk mengkaji perkhidmatan awam.

Oleh itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu seorang pengerusi berfikiran neutral dilantik bagi mengetuai Suruhanjaya Khas berkenaan. Timbalan Presiden CUEPACS, Azih Muda, berkata langkah itu perlu untuk meyakinkan semua pihak terutamanya seramai 1.4 juta penjawat awam bahawa kerajaan serius meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata rakyat menerusi pelaksanaan agenda transformasi. CUEPACS turut berharap diberikan peluang untuk menganggotai suruhanjaya itu.