KLServer

RANKING TERKINI FIFA MALAYSIA APRIL 2012 – MALAYSIA LEBIH TERUK DARI BANGLADESH?

| Apr 12, 2012

Malaysia lebih teruk dari Bangladesh? Fuh, satu kenyataan yang cukup memeritkan. Tapi itu adalah kenyataan. Bukannya sindiran. Ini kerana kedudukan Ranking FIFA Malaysia (sehingga 11 April 2012) yang terkini adalah ditangga 156 dunia. Sedangkan Bangladesh pula berada ditangga 152 dunia.

Nampak macam pahit untuk ditelan. Tapi hakikat tetap hakikat. FIFA ada caranya untuk menilai dalam pemberian mata buat ranking pasukan negara. Jika memang tak ada perlawanan antarabangsa, maka tiadalah matanya kan? Jadi salah siapa? Bila di ‘ketuk’ baru dan tunjuk buat kerja. Jadi kena ‘ketuk’ selalulah baru rajin buat kerja. Tapi siapa lagi yang berani ‘ketuk’? Ganjaran untuk mereka yang berani ketuk adalah gantung 2 setengah tahun! Lumayan tu!

Menerusi kedudukan terkini FIFA ini, skuad Harimau Malaya kini berada setanding dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum mempunyai kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151). Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-24 bulan lepas.

p/s : makin teruk nampaknya….


Tags: , , , , , , , , ,

Category: SUKAN

Comments are closed.