ISU RANKING SKUAD KEBANGSAAN – AZZUDDIN KATA TAK PERLU PANIK

ISU RANKING SKUAD KEBANGSAAN – AZZUDDIN KATA TAK PERLU PANIK

1 68
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

“Panik? Kenapa nak panik? Setakat ranking baru 156 dah nak bising. Tu belum sampai 200 lagi.” Itulah mungkin ada yang difikirkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad apabila beliau meminta semua pihak supaya tidak panik dengan ranking skuad kebangsaan menjunam ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156 dunia.

Ini pula antara pandangan beliau yang disiarkan dalam media hari ini :

“Kemerosotan dalam senarai terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu adalah bersifat teknikal dan bukan menjadi kayu ukur sebenar mutu skuad kebangsaan. Kita tidak perlu cepat menekan butang panik dengan apa yang berlaku kerana ia disebabkan oleh faktor skuad kebangsaan kurang menyertai pertandingan persahabatan, dan bukannya sebab pasukan kita tidak bagus.”

Ammboi lihat pandangan yang beliau berikan berupa pandangan peribadi semata. Namun beliau ada lesen besar untuk memberikan komen kerana hanya Setiausaha Agung dan Presiden boleh berikan komen mengenai FAM. Lebih bersifat kepada nak ‘cover line’, beliau seolah-olah setuju dengan masalah yang dihadapi oleh skuad kebangsaan apabila gagal mendapatkan perlawanan persahabatan kelas A yang sepatutnya. Jadi, itu salah siapa? Dah memang FAM tak buat kerja kan.

Seterusnya lepas ke ‘hentam’ dengan TSAM, baru mereka kalut. Hasilnya pasukan kebangsaan bakal mengharungi beberapa aksi persahabatan antaranya menentang Sri Lanka, Singapura dan mungkin disusuli dengan Filipina dan Iraq. Kekalutan ini seolah-olah nak menutup cerita beberapa bulan lepas, yang mana tiada perlawanan antarabangsa diadakan, selain kekalahan besar pasukan ‘ujian’ Datuk K. Rajagopal kepada Australia.

p/s : tabik spring 40 kali…..!