PESTA AIR LANGKAWI 2012

PESTA AIR LANGKAWI 2012

0 108

Pesta Air Langkawi 2012 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit pada malam ini. Boleh dikatakan ianya sudah menjadi acara tahunan di Langkawi.

Sempena Pesta Air Langkawi 2012, barisan artis popular akan mengadakan persembahan selama dua hari bermula malam ini dan esok, Sabtu. Persembahan pada malam ini akan dimeriahkan dengan penampilan artis popular seperti Zamani Slam, Ifa Raziah, Dayang Nurfaizah, One Nation Emcees. Manakala pada Sabtu pula, pengunjung pesta akan dihiburkan dengan nyanyian Aris Ariwatan, Ito, Ifa Raziah dan Lan Typewriter.

Selain persembahan nyanyian, pelbagai aktiviti air seperti bola tampar pantai, kayak dan pertandingan karaoke diadakan di sekitar tapak pesta yang bertempat di Pantai Cenang.