BANK NEGARA MULA EDAR WANG KERTAS BARU MULAI JULAI 2012

| 17/04/2012 | 3 Comments

Bank Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai 2012  depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Wang kertas RM50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran. Manakala wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 sedang dalam proses untuk edaran.

BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai.


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. WANG KERTAS BARU MULA DI EDAR PADA JULAI 2012 | 17/04/2012
  1. x sabar rasenya nak pakai duit baru ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.