MULA 27/10/12 TAMAT 27/06/13 MULA 04/05/13 TAMAT 04/07/13 MULA 18/05/13 TAMAT 18/07/13 KLServer iklanmurah

RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN GANTI ISA DILULUS TANPA PINDAAN

| 17/04/2012
  • Sharebar

Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang bertujuan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini tanpa sebarang pindaan. Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibahaskan secara mendalam oleh anggota Parlimen selama kira-kira 10 jam pada Isnin.

Pada sesi penggulungan rang undang-undang itu hari ini pula menyaksikan majoriti anggota Parlimen mengundi untuk menolak dua usul yang dibentangkan R. Sivarasa (PKR-Subang) untuk merujuk rang undang-undang itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk dikaji semula. Cubaan Sivarasa yang mengemukakan beberapa cadangan pindaan kepada rang undang-undang itu juga ditolak, membuatkan cadangan akta baru itu diluluskan tanpa sebarang pindaan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut menegaskan bahawa rang undang-undang itu merupakan suatu undang-undang yang berbeza dan tidak boleh disamakan dengan undang-undang jenayah biasa. Katanya rang undang-undang itu digubal bagi melindungi Malaysia daripada terdedah kepada ancaman pengganas dan negara tidak mampu untuk menunggu sehingga sesuatu perkara buruk berlaku.

CARIAN BERKAITAN

  • akta yang menggantikan isa (102)
  • akta baru menggantikan isa (28)
  • akta menggantikan isa (17)
  • undang-undang yang menggantikan isa (13)
  • akta baru ganti isa (4)

Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.