KLServer

JABATAN METEOROLOGI KELUARKAN AMARAN PERINGKAT JINGGA

| 18/04/2012

Peringatan kepada semua. Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut dan hujan lebat peringkat jingga berlaku di Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, yang dijangka berterusan sehingga malam ini.

Dalam kenyataan berkenaan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata kawasan yang terbabit ialah negeri Perak meliputi Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang.

Manakala di Selangor kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Sepang dan Putrajaya serta banjir kilat mungkin melanda kawasan berkenaan.

KENYATAAN MEDIA JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA 18 APRIL 2012


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.