JENAYAH SIBER MENINGKAT 100 PERATUS!
Nampaknya negara kita sudah boleh mengambil langkah yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah jenayah siber. Ianya bukan setakat mengganggu sesebuah organisasi malah menyebabkan kerugian yang besar buat organisasi berkenaan dan juga negara. Cybersecurity Malaysia melaporkan, kes berkaitan jenayah siber yang dilaporkan meningkat lebih 100 peratus pada tahun lepas iaitu sebanyak 13,173 berbanding 6,204 pada 2010.
Menurut laporan berkenaan, peningkatan sebanyak 112.3 peratus itu membuktikan bahawa jenayah dan ancaman siber semakin membimbangkan dan perlu dibendung. Kajian oleh Cybersecurity juga menunjukkan dari tahun 2005 hingga 2010, kerugian akibat jenayah siber telah mencecah RM2.75 bilion, ia satu angka yang besar dan merugikan.
CARIAN BERKAITAN
- isu semasa jenayah siber (13)
- langkah mengatasi kes jenayah siber (11)
- langkah mengatasi jenayah siber (3)
- jenayah siber malaysia (2)
- carta organisasi syarikat cybersecurity malaysia (1)
Category: TEKNOLOGI





























