PROSEDUR PEMBAYARAN BALIK TABUNG PINJAMAN PELAJARAN (TPP) | PINJAMAN KPM

PROSEDUR PEMBAYARAN BALIK TABUNG PINJAMAN PELAJARAN (TPP) | PINJAMAN KPM

wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Bagi mereka yang sedang tercari-cari maklumat berkenaan Pinjaman Pelajaran KPM (kini diuruskan oleh KPT), mungkin beberapa maklumat yang ammboi kongsikan dibawah berguna untuk anda. Bagi mereka yang mahu membuat Semakan Penyata Online dan Baki Pinjaman Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) anda boleh ke link berkenaan. Dibawah ada menerangkan mengenai Tuntutan Bayaran Balik Pinjaman KPM, Kaedah Pembayaran, Jadual Pembayaran Balik dan sebagainya.

Tuntutan Bayaran Balik

Surat tuntutan bayaran balik pinjaman akan dihantar kepada pelajar dalam tempoh enam (6) bulan selepas mereka menamatkan pengajian. Bagi kes pelajar yang menarik diri atau gagal dalam pengajian, surat tuntutan akan dikeluarkan dan dihantar kepada pelajar secara serta-merta setelah status pengajian pelajar dari Politeknik / Kolej Komuniti yang berkenaan diterima.

Kaedah Pembayaran Yang Ditetapkan

Pelajar hendaklah membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima semasa pengajian kepada KPT. Bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajiannya, bayaran balik boleh dibuat secara ansuran sebanyak RM125/sebulan. Bagi yang gagal menamatkan pengajian, pelajar hendaklah membayar jumlah pinjaman yang telah diterima secara sekali gus. Jadual pembayaran balik yang ditetapkan mengikut jumlah pinjaman adalah seperti yang berikut:

Jadual Pembayaran Balik Pinjaman

Jumlah Pinjaman Ansuran Bulanan Tempoh Bayaran
RM 6,000.00 RM 125.00 48 Bulan
RM 4,500.00 RM 125.00 36 Bulan
RM 3,000.00 RM 125.00 24 Bulan
RM 1,500.00 RM 125.00 12 Bulan

Saluran Pembayaran

Saluran bayaran balik pinjaman yang disediakan adalah seperti yang berikut:

1. Kaunter Bahagian Biasiswa KPT (Putrajaya)

2. Bank Islam Malaysia Berhad

  • Kaunter BIMB – menggunakan Borang Slip Pembayaran Bil (lihat contoh)
  • Perbankan Internet
  • Mesin ATM

3. Pejabat Pos Malaysia Berhad

  • Kaunter – menggunakan Borang Pos Akaun 39 (lihat contoh)
  • Pos-Online
  • Wang Pos/Kiriman wang

4. Bank Draf / Cek (cek persendirian tidak diterima)
5. Arahan tetap kepada Bank (Standing Instruction)
6. Arahan potongan gaji
7. FPX perbankan Internet dengan CIMB, MAYBANK, RHB BANK, PUBLIC BANK & HONG LEONG BANK) di Sistem Bayaran Balik Melalui FPX KPT
8. CIMB Bank Berhad

  • Cimb Clicks (lihat manual pengguna)
  • Clicks Shoppe (lihat manual pengguna)

Peringatan:

Bagi kaedah bayaran no. (3) dan (4) sila sertakan Nama Penuh, No. Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Peminjam di belakang dokumen. Pembayaran yang dibuat secara tunai / wang pos / kiriman wang / bank draf / cek sahaja yang akan dikeluarkan resit sebagai bukti pembayaran. Manakala bagi bayaran yang dibuat melalui perbankan Internet / kaunter Bank Islam / Pejabat Pos memadai dengan slip turus niaga sebagai bukti pembayaran.

Penangguhan Bayaran

Penangguhan bayaran balik pinjaman TPP akan dipertimbangkan sekiranya pelajar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (diploma /ijazah) secara sepenuh masa. Pelajar perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk tujuan kelulusan seperti yang berikut:

  • Salinan kad matrik pelajar yang telah disahkan
  • Salinan surat tawaran daripada institut pengajian tinggi (IPT) yang telah disahkan
  • Pengesahan daripada pusat pengajian tinggi (pelajar yang sedang menuntut)

Pelajar dibenarkan membuat penangguhan bayaran balik pinjaman TPP sepanjang tempoh pengajian dengan syarat membayar ansuran pertama sebanyak RM 125.00. Penangguhan bayaran balik pinjaman tidak akan dibenarkan bagi pengajian separuh masa. Walau bagaimanapun, pertimbangan boleh diberikan untuk mengurangkan ansuran bulanan. Pelajar yang diluluskan penangguhan akan diberi tarikh mula pembayaran yang baharu sehingga tahun tamat pengajian yang diikuti pada masa itu.

Pertukaran / Kemas Kini Alamat

Pelajar bertanggungjawab mengemaskini alamat surat-menyurat pada semester akhir pengajian untuk memudahkan urusan penghantaran surat-menyurat. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar yang memberikan maklumat yang tidak tepat.

Sila hubungi Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, Bahagian Biasiswa sekiranya pelajar telah bertukar alamat atau tidak menerima sebarang surat tuntutan bayaran balik dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian. Pelajar boleh mengemaskini alamat surat-menyurat dengan melengkapkan borang kemas kini alamat dan mengirimkannya melalui e-mel kepada: enforcement@mohe.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik
Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya

  • Talian : 03 8870 6359 / 6360 / 6356 / 6379
  • Faks : 03 8870 6839
  • Emel : enforcement@mohe.gov.my

RUJUKAN