ZAHIDA RAFIK NAFI TERLIBAT SKANDAL MENTERI – SERAH KEPADA PEGUAM

ZAHIDA RAFIK NAFI TERLIBAT SKANDAL MENTERI – SERAH KEPADA PEGUAM

0 51

Panas! Ini merupakan ‘isu artis skandal dengan menteri’. Namun perkara ini menjadi semakin panas apabila ada yang menuduh Zahida Rafik adalah artis berkenaan. Untuk makluman, Dua hari lalu, kecoh satu Malaysia berkaitan skandal seorang ahli politik bertaraf menteri yang dikatakan membayar sejumlah RM1.5 juta kepada seorang aktress popular untuk merahsiakan hubungan sulit mereka berdua.

Namun Zahida Rafik menafikan tuduhan berkenaan melalui akun twitternya. Ianya dilaporkan dalam artikel subuah portal blog hiburan terkenal, RotiKaya yang telah menyiarkan penafian Zahida Rafik atas tuduhan berkenaan. Khabarnya pendedahan itu dilakukan oleh bekas pemandu peribadi beliau sendiri.

Zahida Rafik melalui Twitter mengatakan yang beliau percaya bekas pemandu peribadi itu sengaja mencipta fitnah untuk mendapatkan duit segera daripada pihak tertentu dan sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam. Menjawab pertanyaan beberapa orang awam melalui Twitter berkaitan bayaran minima RM100,000 yang beliau terima setiap kali bertemu menteri tersebut, Zahida Rafik berkata beliau berharap perkara itu benar dan tegaskan yang beliau bekerja keras untuk apa yang ada sekarang ini.

p/s : semakin panas…..