GAMBAR KANAK-KANAK MANGSA DERA MOHD DANISH AIMAN – KINI STABIL LEPAS PEMBEDAHAN

GAMBAR KANAK-KANAK MANGSA DERA MOHD DANISH AIMAN – KINI STABIL LEPAS PEMBEDAHAN

1 199
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Kesian, itu yang mampu ammboi katakan apabila melihat gambar Mohd Danish Aiman yang telah menjadi mangsa dera kepada kekasih ‘gelap’ ibunya. Lelaki kejam berkenaan masih lagi belum ditangkap dan ammboi harap syaitan bertopengkan manusia itu ditangkap dan dikenakan hukuman sewajarnya. Mohd Danish Aiman Abdullah, tiga tahun kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Kanak-kanak malang yang dipercayai mangsa penderaan teman lelaki ibunya yang berasal dari Kampung Tualang, Manir selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan pada otak mangsa petang semalam. Lelaki kejam yang tidak bekerja itu telah menghilangkan diri dan bersembunyi setelah mengetahui pihak polis sedang memburunya. Pihak polis meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkaitan suspek yang bernama Azhar Jusoh, dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Menurut laporan berita, kanak-kanak itu koma setelah dipercayai didera dengan ditampar oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham di antara ibu mangsa dengan lelaki berkenaan di rumah milik keluarga suspek.