MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

PELAJAR UPSI MAUT JATUH BANGUNAN AKIBAT GANGGUAN MAKHLUK HALUS

| Apr 23, 2012

Ini merupakan lanjutan kes kematian mengejut pelajar UPSI yang jatuh dari tingkat lima bangunan universiti berkenaan. Laporan berita hari ini mengatakan pelajar berkenaan mengalami masalah gangguan makhluk halus dan itu menjadi punca kenapa pelajar berkenaan terjun dari tingkat 5 bangunan tersebut.

Berdasarkan petikan berita berkenaan, seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang dipercayai mengalami kemurungan, maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat E-Learning di kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, petang kelmarin. Dalam kejadian antara jam 5.30 petang hingga jam 6.30 petang itu, mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, dari Bakri, Muar, ditemui terbaring di tingkat bawah bangunan berkenaan dengan kesan luka di beberapa bahagian badan, termasuk patah di rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan.

Mayat pelajar Tahun Dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu ditemui lengkap berpakaian dan bertudung oleh beberapa pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu. Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata insiden itu di luar kawalan pihaknya dan menyifatkan ia mungkin ada kaitan unsur mistik seperti gangguan makhluk halus.

Rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan itu turut mendapati arwah memasuki bangunan itu dalam keadaan seperti separuh sedar sebelum dilihat menaiki tangga ke tingkat atas. Difahamkan, arwah mempunyai sejarah diganggu makhluk halus sebelum ditawarkan memasuki UPSI dan beliau dikatakan sedang mengikuti beberapa rawatan perubatan tradisional serta Islam bagi mengatasi masalah itu.

Pihak polis mengesahkan menerima laporan kes itu, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.