LELAKI KES DERA MOHD DANISH AIMAN DICARI

LELAKI KES DERA MOHD DANISH AIMAN DICARI

4 85

Berikut merupakan gambar dan sedikit maklumat mengenai kes dera Mohd Danish Aiman Abdullah yang mengalami pendarahan teruk dalam kepala dipercayai ditampar dan kepalanya mungkin dihempaskan ke dinding. Suspek kini diburu polis merupakan lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kampung Tualang, Manir.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lelaki berusia 31 tahun dan tidak bekerja itu dipercayai memukul mangsa, Mohd Danish Aiman Abdullah selepas berang dengan kanak-kanak itu yang dikatakan terlalu aktif. Akibat dari itu, Mohd Danish Aiman yang mengalami pendarahan otak namun kini dilaporkan stabil selepas selamat menjalani pembedahan pada petang Sabtu lalu.

Lelaki terbabit melarikan diri sebaik menyedari teman wanitanya yang berusia 22 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Siasatan awal polis juga mendapati lelaki itu memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk rusuhan, culik, dadah dan lain-lain jenayah. Pihak polis juga mengharapkan kerjasama orang awam menjejakinya amat dialu-alukan dan kepada mereka yang mempunyai maklumat terkini diharap dapat menghubungi balai polis berhampiran.