CHELSEA VS BAYERN MUNICH – FINAL (LIGA JUARA-JUARA EROPAH) UEFA CHAMPIONS LEAGUE...

CHELSEA VS BAYERN MUNICH – FINAL (LIGA JUARA-JUARA EROPAH) UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012

5 137
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Sungguh tak dijangka dan diduga. Kedua-dua jagoan Sepanyol akhirnya terkandas di peringkat separuh akhir. Paling tak diduga anak-anak buah Pep Guardiola yang bangkit pada babak pertama akhirnya kecundang pada lawan yang hanya mampu bertahan sahaja dengan 10 pemain. Itulah bola sepak, kejap diatas dan kejap dibawah. Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 19 Mei 2012 ini pastinya bertambah sengit.

Bayern Munich akan beraksi dilaman sendiri pada perlawanan akhir nanti di Allianz-Arena, Munich. Ini sudah tentu perkara yang sukar buah Chelsea namun itu bukan alasan untuk skuad Roberto Di Matteo mengaku kalah. Apapun Di Matteo masih belum menerima kontrak kekal bersama Chelsea lagi dan sekiranya Chelsea kalah pada perlawanan akhir nanti pastinya nasib beliau bersama Chelsea hanya setakat itu sahaja.

Apapun, pastinya ramai yang tak sabar menantikan 19 Mei 2012 ini. Adakah Chelsea mampu menjulang kejuaraan eropah pertama mereka atau sekali lagi berputih mata pada lawan yang berkedudukan kedua Bundesliga ini. Kekebalan M.Neuer mungkin paling menggerunkan apabila menyelamatkan sepakan penalti jagoan Real Madrid selain itu beliau juga mempunyai rekod bolos paling sedikit dalam Bundesliga 2012/2013 dengan hanya 21 gol bolos.

LIVE STREAMING CHELSEA VS BAYERN MUNICH 20 MEI 2012