PELAJAR SMK PADUKA TUAN MAUT DIGILIS KERETAPI DI SEGAMAT

PELAJAR SMK PADUKA TUAN MAUT DIGILIS KERETAPI DI SEGAMAT

2 162

Isu bahaya lintasan haram landasan keretapi sudah lama dihebahkan. Namun masyarakat masih mengambil mudah mengenai perkara ini. Namun sikap sesetengah pihak yang ‘keras kepala’ juga satu hal. Bukannya nak mempermudahkan pengguna ataupun rakyat tapi masih mengabaikan kebajikan kepada masyarakat setempat.

Ammboi tidak pasti samada kes di Segamat, Johor ini bagaimana. Namun seperti dilaporkan media, tindakan seorang pelajar Tingkatan Tiga melintas landasan untuk menyingkatkan perjalanan pulang ke rumah selepas waktu persekolahan, berakhir tragedi apabila digilis kereta api ekspres dekat Genuang di sini, tengah hari semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paduka Tuan, Ahmad Iltizam Khalid, 15, berjalan pulang sendirian ke rumah keluarganya di Jalan West, Bukit Siput.

Mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik itu dipercayai melintas landasan melalui pintasan haram di Kilometer 592 Landasan Segamat dan Genuang itu, yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan sekolahnya. Tren Ekspres Sinaran yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Woodlands, Singapura, tidak mampu berhenti secara mengejut menyebabkan mangsa dirempuh sebelum diseret sejauh kira-kira 50 meter.

Mangsa cedera parah di kepala, manakala beg berisi bukunya bertaburan di landasan. Tren turut berhenti berhampiran lokasi kejadian tetapi perlu mengambil jarak kira-kira 800 meter sebelum dapat berhenti sepenuhnya sejurus kemalangan. Tren itu meneruskan perjalanan selepas polis selesai menjalankan siasatan.

Kemungkinan laluan yang pelajar berkenaan guna adalah laluan altenatif penduduk setempat. Jadi sepatutnya pihak yang berkenaan membantu mempermudahkan urusan penduduk setempat dengan membina jejambat melintasi landasan atau lain-lain. Barulah perkara sebegini tidak berlaku. Selain dari kerjasama masyarakat sekitar seperti yang dituntut kerajaan dalam menangani kejadian seperti ini, pihak berkenaan juga patut berkerjasama bagi mengatasi masalah rakyat ini. Jangan hanya fikirkan keuntungan semata.