MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

SURAT SAMAN ZAHIDA RAFIK KEPADA ZURAIDA KAMARUDDIN

| Apr 27, 2012

Setelah pelbagai kontroversi dan spekulasi melanda pelakon yang kian ‘ sensasi’, Zahida Rafik, beliau kini mengesahkan sudahpun menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (sumber). Ini berikutan isu tuduhan beliau menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Apapun sehingga kini, Zahida masih tidak mengulas lanjut mengenai tindakan samannya itu sebaliknya menyatakan dia akan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk menguruskan perkara tersebut. Zuraida sebelum ini didakwa pernah mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Shafie Apdal.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.