GAMBAR NIKAH | PERKAHWINAN FASHA SANDHA DAN JEJAI

GAMBAR NIKAH | PERKAHWINAN FASHA SANDHA DAN JEJAI

0 80

Dengan dua kali lafaz, pelakon sensasi, Fasha Sandha telah pun selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam. Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Bin Haji Moiddeen . Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Dihadiri lebih 300 tetamu, majlis pernikahan ini tentunya menjadi momen paling bermakna buat figura cantik ini. Di majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang. Tahniah buat keduanya. Semoga Fasha Sandha dan Jejai bahagian selamanya yer.