SIARAN LANGSUNG KEDAH VS KELANTAN 1 MEI 2012

SIARAN LANGSUNG KEDAH VS KELANTAN 1 MEI 2012

0 82
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Perlawanan antara Kedah lawan Kelantan dalam penentuan Separuh Akhir Kedua Piala FA 2012 pastinya menjadi tumpuan ramai esok. Kedua-dua pasukan ada misi penting untuk memastikan laluan ke Final Piala FA 2012 menjadi milik mereka sebelum memikirkan lawan yang akan menanti disana. Kedah pastinya memiliki kelebihan beraksi dilaman sendiri apatah lagi kehadiran tonggak import dari Croatia, Vedran Gerc dianggap ancaman paling bahaya buat The Red Warriors (TRW).

Pada perlawanan Separuh Akhir Pertama yang lepas di Kota Bharu, Kedah mengikat Kelantan, 1-1 apabila gol jaringan Mat Yo disamakan oleh Vedran Gerc. Jadi peluang kedua-dua pasukan kini 50-50 dan pasukan yang mampu bertahan dengan baik pastinya akan menjadi pemenang pada malam esok.

Jangan lupa saksikan Siaran Langsung Perlawanan Separuh Akhir Kedua, Kedah vs Kelantan 1 Mei 2012 di Stadium Darul Aman, Kedah menerusi saluran Astro Arena 801 bermula jam 8.45 malam. Berkemungkinan Live Streaming Kedah vs Kelantan akan disiarkan menerusi saluran Gegar TV, atau lain-lain saluran. Ammboi akan cuba ikhtiarkan.

KEPUTUSAN KEDAH VS KELANTAN 1 MEI 2012