MENJELANG PERTEMUAN KELANTAN VS AYEYAWADY UNITED 8 MEI 2012

| 07/05/2012 | 0 Comments

Pertemuan Piala AFC 2012 antara Kelantan lawan Ayeyawady United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam esok boleh dianggap sebagai perlawanan yang cukup penting buat Kelantan. Oleh itu, Kelantan perlu menang tidak kira siapa lawan yang bakal mereka hadapi.

Kelantan kini mendahului Kumpulan H dengan 10 mata, diikuti oleh Navibank Saigon yang berkongsi 7 mata dengan Ayeyawady United ditangga ketiga. Manakala Arema Indonesia sudah hampir sah keluar dari saingan apabila hanya mampu mengutip 4 mata dari 5 perlawanan, kecuali menang mengatasi Navibank Saigon dengan jumlah jaringan yang besar selain Kelantan kalahkan Ayeyawady juga dengan jaringan yang besar.

Pasukan Kelantan fokus untuk bergelar juara kumpulan dan lawan yang bakal menanti mereka di pusingan seterusnya adalah Chonburi Football Club (Thailand) atau Home United FC (Singapore) yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati walau perlawanan masih berbaki 1 perlawanan pada 11 Mei 2012.

Untuk makluman semua, perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 pada jam 8.45 malam esok. Sudah tentu anda juga boleh menonton Live Streaming Kelantan vs Ayeyawady United 8 Mei 2012 menerusi link live streaming yang akan ammboi sediakan.


Tags: , , ,

Category: SUKAN, THE RED WARRIORS NEWS

Leave a Reply

Your email address will not be published.