NAZMI FAIZ KE KELAB LIGA PORTUGAL SC BEIRA-MAR

NAZMI FAIZ KE KELAB LIGA PORTUGAL SC BEIRA-MAR

0 43

Nazmi Faiz Mansor terpilih untuk menjalani ujian pemilihan selama seminggu bersama kelab divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar selama seminggu yang bermula pada 13 hingga 21 Mei 2012 menganggap itu satu perkhabaran gembira buat dirinya untuk terus mengembangkan bakat dalam bola sepak.

“Ini sudah menjadi satu berita baik bagi saya (menjalani pemilihan) sebab saya tahu orang hanya kenal pasukan di liga Sepanyol dan EPL. Jadi ini peluang terbaik buat saya untuk meraih pengalaman dan mempelajari ilmu baru ketika berada di sana. Apabila saya dengar berita ini, saya terus membuat persediaan dan saya rasa tidak ada sebarang masalah untuk beraksi di sana. InsyaAllah saya akan beri 100 peratus kerana saya tahu bukan mudah untuk dapat peluang bermain dengan kelab luar negara,” katanya yang menyertai pasukan utama dan bakal bersaing dengan pemain senior kelab berkenaan.

Apa yang lebih menarik dengan tawaran daripada kelab yang pernah dibintangi legenda Portugal, Eusebio da Silva Ferreira itu dibuat secara ‘merit’ selepas prestasi agen melihat aksi cemerlang Nazmi ketika beraksi dalam saingan Liga Singapura. Mengikut prestasi semasa, kelab yang digelar dengan panggilan Auri Negros itu kini menduduki tangga ke 12 daripada 16 pasukan dalam saingan liga utama Portugal.

Untuk makluman liga bolasepak di Portugal tidak ada syarat ketat seperti ditetapkan di saingan Liga Inggeris. Keputusan pemilihan itu akan dapat diketahui dalam masa seminggu dan kelab berkenaan akan maklumkan FAM berkenaan keputusan mereka itu.