KLServer

WANITA YANG DERA BAYINYA SENDIRI SEDANG JALANI HUKUMAN

| 10/05/2012

Petang tadi, sesampainya kat rumah ammboi godek-godek la blog. Buka pula facebook terlihat ada Video Wanita Dera Bayinya Sendiri yang nampak memang kejam dan melampau. Ammboi sendiri pun panas tengok video tu dan memang terkeluar komen pedas sikit. Siapalah yang kejam sangat mengalahkan binatang sanggup memperlakukan anaknya sampai macam tu. Membuak-buak rasa dalam dada ni tambah dengan sebak.

Lagi meluap tengok orang sekeliling hanya tengok sahaja dan ada yang merakam video berkenaan pula hanya menegur dari jauh. Subhanallah, kenapa tergamak mereka sanggup tengok baby tu diperalakukan sedemikian. Takkan tak ada sesiapa yang mampu menaham wanita kejam tu memukul bayinya tu. Dalam kepanasan tu ammboi cuba cari kepastian dan kesahihan video berkenaan.

MAAF – SEKIRANYA ANDA MENCARI VIDEO BERKENAAN MAKA AMMBOI AKAN JAWAB TIADA – BLOG INI TIDAK AKAN MENYIARKAN VIDEO PERLAKUAN KEJAM BERKENAAN – HARAP MAKLUM

Rupa-rupanya wanita (namanya Ira kot) yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video, yang kini tersebar secara meluas di media sosial, kini sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatan kejamnya itu. Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.

Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu.

Menurut beberapa sumber juga, wanita yang merakam video itu bukannya sengaja mahu membiarkan ibu bayi itu memukul anaknya, namun beliau juga telah/takut dicederakan oleh ibu berkenaan kerana ada kenyataan yang menyatakan ibu kejam itu bermasalah dan tidak siuman.

p/s : PDRM jangan marah pulak sesiapa yang buat aduan tu, itu menandakan masyarakat kita masih prihatin… semoga baby tu selamat dan membesar dengan penuh keimanan… amin….


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA