MALAYSIA JUARA HOKI PIALA REMAJA ASIA 2012

MALAYSIA JUARA HOKI PIALA REMAJA ASIA 2012

0 49

Malaysia mengakhiri penantian 20 tahun untuk melakar sejarah apabila muncul juara Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2012 buat julung kali selepas mengalahkan Pakistan 2-1, hasil jaringan minit kedua Faizal Saari dan jaringan padang oleh Mohd Syamim Mohd Yusof pada minit ke-17 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit.

Pakistan, juara tiga kali pada edisi pertama 1987, 1992 dan 1996, menjaringkan gol tunggal pada separuh masa kedua menerusi Muhammad Irfan pada minit ke-42. Skuad bimbingan Dhamaraj Abdullah itu memadam kekecewaan pada aksi final edisi 1992 di Ipoh, Perak, apabila tewas 0-3 kepada Pakistan.

Perlawanan sengit dan penuh debaran itu disaksikan oleh lebih 7,000 penonton termasuk Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Terdahulu, pada perlawanan penentuan tempat ketiga, juara bertahan India mengalahkan Korea Selatan 2-1 dalam masa tambahan.

VIDEO GOL DAN HIGHLIGHTS FINAL HOKI PIALA REMAJA ASIA 2012