MULA191014TAMAT190115
KLServer

FASHA SANDHA SAH HAMIL DUA MINGGU

| May 15, 2012

Tahniah buat pelakon cantik popular, Fasha Sandha yang dikatakan kini sudah sah hamil 2 minggu. Kiranya rezeki tuhan la tu. Ada cepat dan ada yang lambat. Apapun ammboi memang dah terlambat menerima dan menyampaikan berita ini pada yang belum tahu lagi tu.

Menurut sebuah portal hiburan terkenal, mereka yang menyiarkan berita gembira ini semalam apabila mengetahui aktres jelita, Fasha Sandha yang baru sahaja pulang dari berbulan madu telah hamil dua minggu. Berita gembira ini telah disahkan melalui pesanan BBM yang diterima daripada pengurus Fasha, Nik Yasmin. Katanya, akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat.

p/s : semoga Fasha dan suami jaga kandungan tu baik-baik dan selamat segalanya la.. amin…


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.