MULA191014TAMAT190115
KLServer

ePANGKAT – SISTEM MAKLUMAT GURU | APLIKASI KENAIKAN PANGKAT GURU ONLINE

| May 16, 2012

Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan mengenai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini. Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Sistem Maklumat Guru – Aplikasi Kenaikan Pangkat guru secara online.

Untuk makluman, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma. Tahniah kepada warga guru sekalian. Semoga dengan penghargaan ini akan menambahkan lagi semangat anda untuk mendidik anak bangsa kita dengan jayanya.

SEMAKAN ONLINE KENAIKAN PANGKAT GURU DI ePANGKAT – SISTEM MAKLUMAT GURU

INFO LANJUT SILA KE —> E-PANGKAT | SISTEM KENAIKAN PANGKAT GURU ONLINE KPM

KLIK SINILAMAN WEB RASMI e-PANGKAT

NOTA : Sistem ePangkat kini dibuka secara berterusan untuk Ketua Jabatan membuat pengemaskinian dan pengesahan maklumat PPP dan AKP lantikan tetap Suruhanjaya Perkhidmatan (SPP) di bawah Pentadbiran masing-masing. Sebarang masalah mengenai Sistem ePangkat sila kemukakan ke epangkat@moe.gov.my


Tags: , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Semak Gaji Online ePanyata Gaji Fashion Bop - Professional China wholesale agency