FAM BOLEH PECAT ANNUAR MUSA JIKA GAGAL PATUHI HUKUMAN PERGANTUNGAN

FAM BOLEH PECAT ANNUAR MUSA JIKA GAGAL PATUHI HUKUMAN PERGANTUNGAN

0 65

Nampaknya orang-orang FAM sudah mula bersuara mengenai hukuman yang bakal Tan Sri Annuar Musa terima sekiranya masih ingkar dan aktif dalam arena bolasepak sepanjang hukuman pergantungannya. Jadi apa maknanya lagi jawatan yang disandang oleh TSAM sekiranya beliau sudah tak boleh terlibat dalam aktiviti bolasepak selama 2 tahun setengah.

Dan ianya sama sahaja dengan TSAM sudah tidak memiliki apa-apa jawatan lagi la dalam FAM kan. Kali ini mereka ugut nak pecat pula? Ammboi rasa pecat dengan tak pecat pun sama sahaja. Mereka sebenarnya sengaja nak memberikan tekanan pada pasukan Kelantan agar ‘jatuh’ takkala TSAM terima hukuman kejam tu namun pasukan Kelantan terus gah mencatatkan kemenangan demi kemenangan untuk ‘menempelak’ usaha dari kedengkian mereka-mereka itu.

Kali ini menjelang Final Piala FA 2012 pula, pelbagai usaha yang dilakukan nampaknya demi menjatuhkan karier TSAM dan pasukan Kelantan barangkali. Kalaulah FAM ini profesional dan tidak memiliki sebarang agenda peribadi, sudah tentu mereka ada hati budi juga dengan jasa dan sumbangan TSAM dan mungkin meringankan beban ‘bapa pembangunan bolasepak Kelantan’ itu. Namun sebaliknya yang berlaku.

Memetik laporan berita hari ini, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa berdepan tindakan dipecat daripada barisan exco badan induk bola sepak itu sekiranya terbabit dalam aktiviti sukan tersebut ketika menjalani hukuman penggantungan selama 30 bulan.

Berikutan hukuman tersebut, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuatkuasa 4 April lepas. Annuar didapati bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad negara, sekali gus melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Feb lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufik Abdul Razak berkata tindakan boleh diambil terhadap Annuar sekiranya presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu gagal patuh kepada tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

Dengar ceritanya, FAM juga menghalang Tan Sri Annuar Musa untuk ke stadium menonton perlawanan akhir Piala FA 19 Mei 2012 nanti. Fuh sampai macam tu sekali. Ammboi rasalah, jika TSAM ke stadium selaku orang biasa pun bukannya ada salah apa-apa. Lagipun kesalahan yang beliau lakukan bukannya boleh menjatuhkan bolasepak Malaysia sampaikan hukuman kejam macam tu diberikan. Adesss.