FENOMENA GERHANA MATAHARI CINCIN PADA 20 MEI 2012

FENOMENA GERHANA MATAHARI CINCIN PADA 20 MEI 2012

0 87

Bagi mereka yang belum pernah melihat kejadian gerhana matahari, anda mungkin boleh saksikannya pada 20 Mei 2012 ini. Menurut sumber berita, gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sayangnya, sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak. Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.