KELANTAN KINI FOKUS PERTAHANKAN KEJUARAAN LIGA SUPER!

KELANTAN KINI FOKUS PERTAHANKAN KEJUARAAN LIGA SUPER!

wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Kelantan berjaya menepati ramalan merangkul kejuaraan Piala FA 2012 walaupun ada suara-suara sumbang yang memperlekehkan kejayaan Kelantan yang hanya bertemu pasukan berstatus kelab dari Liga Perdana sahaja. Namun mereka tak sedar bahawa pasukan mereka sendiri tidak layak untuk beraksi di final dan paling memeritkan adalah pasukan yang kalah kepada pasukan Liga Perdana ini sendiri.

Namun itu bukan isu utama, yang penting Kelantan sudah menang. Kalau kalah lagi teruk kena bukan? Jadi, selepas kemenangan ini skuad Kelantan yang diwakili Kapten Fantastiknya, Mohd Badhri Radzi (Piya) berjanji akan terus fokus dalam pemburuan kejuaraan Liga Super pula. Kelantan kini ketinggalan 4 mata dibelakang pendahulu, Lions XII FC. Namun memiliki baki 5 perlawanan untuk mengejar pendahulu liga itu. Selain itu, Kelantan yang layak ke pusingan kedua, Piala AFC juga akan menentang Terengganu di Kota Bharu pada 23 Mei nanti.

Untuk makluman, Skuad Kelantan turut dijanjikan ganjaran RM500,000 dalam bentuk wang tunai dan percutian oleh KAFA sebagai insentif kepada pemain yang mengakhiri penantian 22 tahun saingan Piala FA itu.