MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

NAZMI FAIZ SAH DIIKAT 3 TAHUN DENGAN KELAB PORTUGAL SC BEIRA-MAR

| May 22, 2012

Khabar gembira buat semua peminat bolasepak tanahair. Walaupun Nazmi Faiz bukanlah orang pertama yang berjaya menempa nama bermain di eropah, namun beliau merupakan antara bakat bolasepak terbaik negara yang lahir di Malaysia buat masa ini. Dengan umur yang masih muda, Nazmi dilihat mempunyai masa dan peluang yang secukupnya untuk melebarkan pengaruhnya dalam arena bolasepak dunia.

Semalam, sebuah portal sukan antarabangsa telah mengesahkan, Nazmi Faiz Mansor sah menandatangani kontrak rasmi 3 tahun bersama kelab divisyen 1 Portugal, SC Beira Mar. Nazmi antara 5 orang pelatih yang sedang diuji disana sejak dari awal lagi dilihat antara pemain yang terbaik dan mempunyai peluang cerah untuk diserapkan dalam pasukan berkenaan.

Apapun kini kita cuma perlu tunggu pengesahan dari Nazmi sendiri selain pengesahan dari pihak yang berkenaan di Malaysia. Semoga Nazmi Faiz terus bersemangat dan berjaya demi memajukan arena bolasepak negara kita juga. Keputusan rasmi itu dikhabarkan akan diumumkan hari ini.


Tags: , , , ,

Category: SUKAN

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mrs.yie says:

    tahniahhhhhh!!!! hihihi.. :D ambik sumber deh..kihkih

  2. bualsukan says:

    Memang terbaik bagi seorang anak muda Malaysia yang berbakat besar dalam bola sepak.. Jauhkan kontroversi serta tingkatkan prestasi anda Nazmi.. Anda memang terbaik..