GAJI NAZMI FAIZ DI SC BEIRA MAR PORTUGAL?

GAJI NAZMI FAIZ DI SC BEIRA MAR PORTUGAL?

0 120
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Pastinya sejak pemain muda sensasi negara ini menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, SC Beira Mar ramai yang tertanya-tanya dan mencari-cari berapakah gaji beliau disana. Namun sehingga kini, info mengenai gaji Nazmi Faiz Mansor di SC Beira Mar belum didedahkan.

Ejennya sendiri, Marco Guimaraes juga enggan memberitahu kepada umum berapakah gaji yang diterima oleh Nazmi. Namun beliau ada mengatakan bahawa gaji yang dibayar oleh SC Beira Mar kepada Nazmi agak lumayan, apatah lagi untuk seorang pemain muda dari Asia Tenggara. Marco Guimaraes tidak mahu berbicara panjang mengenai gaji Nazmi dan menyatakan ianya terpulang kepada Nazmi sendiri samada mahu beritahu atau tidak.

Apapun, bagi ammboi soal gaji adalah perkara kedua. Asalkan apa yang diterima setimpal dan cukup untuk beliau menyara diri disana selain membantu keluarga. Untuk bermewah-mewah? Biarkan dahulu, pengalaman beraksi disana 3 tahun mungkin akan lebih mematangkan Nazmi sendiri. Ada banyak lagi peluang disana. Cuba yang sebaiknya, insyaallah peluang akan hadir depan mata anda jua.