MULA191014TAMAT190115
KLServer

4 CADANGAN BARU CUEPACS – HARGAI KAKITANGAN AWAM WANITA

| May 25, 2012

Sekali lagi CUEPACS tampil dengan usul terbaru dalam usaha meningkatkan kebajikan kakitangan awam. Kali ini khas untuk kakitangan awam wanita pula. Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.

Empat (4) Cadangan / Usul Baru CUEPACS

Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh

  • CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang. Katanya, penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia. Kini tidak ramai yang minat menambah bilangan anak kerana beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bersalin lebih daripada lima, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga

  • CUEPACS turut mencadangkan kakitangan awam wanita bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga. Ketika ini, penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos atau menggunakan polisi insurans peribadi. Kerajaan hanya menanggung sepenuhnya kos bersalin di hospital kerajaan.

Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya

  • CUEPACS turut memohon kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya. Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mereka perlu diberi kemudahan itu kerana hospital kerajaan selalu padat dan menjadi tumpuan semua peringkat rakyat serta pendatang asing.

Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat

  • CUEPACS meminta kerajaan memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan keluarga terdekat, berbanding sekarang hanya untuk urusan mewakili negara atau negeri dalam program tertentu seperti bidang sukan. Omar berkata, semakan mendapati penjawat awam wanita lebih cepat menghabiskan cuti tahunan berbanding lelaki atas pelbagai urusan atau masalah keluarga, terutama mereka yang terpaksa menjaga anak sendirian kerana tinggal berjauhan dengan suami. Apabila cuti habis, mereka terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji bagi urusan kecemasan seperti anak sakit. Masalah ini menjadi keluhan ramai kakitangan wanita dan sering dibangkitkan dalam dialog kami. Ketika ini, kakitangan awam mendapat cuti tahunan antara 20 hingga 30 hari bergantung kepada gred perjawatan mereka.


Tags: , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Comments are closed.

Semak Gaji Online ePanyata Gaji Fashion Bop - Professional China wholesale agency