GAMBAR ANAK ULAR SAWA KUNING (JENIS ANACONDA) LAHIR DI TAMAN ULAR SAWA...

GAMBAR ANAK ULAR SAWA KUNING (JENIS ANACONDA) LAHIR DI TAMAN ULAR SAWA HUTAN REKREASI ULU BENDUL

0 177
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul menerima ahli baharu apabila dua ekor ular sawa jenis Anaconda Kuning melahirkan sebanyak 30 ekor anak pada 3 dan 19 Mei 2012 lepas. Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil Abdul Majid, ibu pertama ular itu melahirkan tiga ekor anak manakala ibu kedua pula sebanyak 27 ekor.

Ular spesies ini tidak menetaskan telur tetapi melahirkan anak. Anak-anak ular itu berukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram. Buat masa ini pihak taman ular berkenaan mengasingkan anak-anak ular ini daripada ibunya dan dikuarantin selama enam bulan. Selepas itu, pihaknya akan lihat perkembangan anak-anak ular itu sebelum ia dipamerkan.