MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

ANALISA 16 PASUKAN AKHIR EURO 2012 – BAHAGIAN 1

| May 28, 2012

EURO 2012 akan bermula tidak lama lagi. Mungkin ramai yang belum tahu info mengenai pasukan yang layak ke saingan di Poland dan Ukraine itu. Dimana kekuatan bakal juara baru, adakah Sepanyol mampu mengekalkan kejuaraan atau ada pasukan baru yang bakal membawa pulang piala berprestij eropah itu. Berikut analisa pasukan yang layak ke EURO 2012.

ANALISA 16 PASUKAN AKHIR EURO 2012 – BAHAGIAN 1

KUMPULAN A

RUSIA – Dalam kejohanan lepas, Rusia berjaya menundukkan nama besar Belanda di separuh akhir atas tindakan cemerlang Andrei Arshavin yang pasti akan cuba mengulangi keajaiban itu.

GREECE – Ketiadaan Guus Hiddink yang pernah membawa pasukan ini menjuarai kejohanan EURO 2004 boleh menjadi punca kelumpuhan kali ini.

REPUBLIK CZECH – Tangga kedua podium seawal penyertaan pertama (1996) menjadi penanda arasnya. Bintang senior Petr Cech menjadi tonggak harapan negara ini.

POLAND – Selaku tuan rumah, pasukan yang dianggap biasa-biasa ini boleh memberi aksi luar biasa demi peminat sendiri. Pemain muda seperti Wojciech Szczesnyboleh dilabel sebagai ayam tambatan yang boleh menyerikan temasya ini.

KUMPULAN B

BELANDA – Antara pasukan kegemaran ramai, kelibat Robin van Persie dan Arjen Robben boleh menggugat persembahan lawan. Sukar diramal, tetapi sekurang-kurangnya pusingan suku akhir mampu menjadi genggaman.

DENMARK – Sehebat manapun ketangkasan Christian Eriksen, berada sama kumpulan dengan Belanda, Jerman dan Portugal seakan sudah memberi bayangan laluan sukar.

JERMAN – Giat memantapkan kesebelasan, kejohanan ini dilihat pentas terbaik untuk membuktikan persiapan itu. Apatah lagi disokong rekod kejohanan positif dengan kehebatan penjaga gawang Manuel Neuer dibawah pimpinan kapten Philip Lahm.

PORTUGAL – Meletakkan kelincahan Cristiano Ronaldo sudah boleh memastikan Portugal mara ke peringkat lebih jauh ditambah kemampuan Nani Cunha sebagai tiang sokongan paling kukuh untuk pasukan ini.


Tags: , , , ,

Category: ADMIN