KLServer

HARGA TIKET LAWATAN MENARA BERKEMBAR PETRONAS NAIK

| 29/05/2012

Menara Berkembar Petronas. Mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan lawatan kesana anda perlu tahu mengenai info ini. Pihak Pengurusan Operasi Lawatan Menara Kembar PETRONAS mengumumkan bahawa harga tiket lawatan bagi Dewasa tanpa MyKad adalah RM80 dan Kanak-kanak tanpa MyKid adalah RM30 bermula 1 Jun 2012.

Bagaimanapun, tiada perubahan bagi harga tiket pemegang MyKad iaitu RM25 dan pemegang MyKid, RM12. Waktu lawatan ialah dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam (Selasa hingga Ahad). Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, sila hubungi Kaunter Tiket atau talian Info di 03-2331 8080. Sekali lagi untuk peringatan, kenaikan harga tiket ini adalah untuk bukan warganegara sahaja. Harap maklum.

p/s : selalu tiket habis sebab agensi perlancongan dah bolot semua….

Sumber Gambar : Blog Travelpod


Tags: , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.