MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

INFO TERKINI MENGENAI FORMAT LIGA SUPER 2013 – 2016

| May 31, 2012

Liga Malaysia akan sekali lagi berubah format pada musim baru 2013 nanti. Perubahan yang ammboi lihat sebagai langkah mengurangkan kos perbelanjaan sesebuah pasukan. Liga Super kini disertai 14 pasukan, Liga Perdana pula dengan 12 pasukan. Menerusi format baru itu, jumlah pasukan Liga Super akan berkurangan kepada hanya 12 pasukan sahaja.

Oleh itu, untuk saingan 2013 hanya 9 pasukan dari Liga Super sahaja akan layak secara automatik ke Liga Super 2013 manakala baki 3 slot lagi akan diisi oleh 1 pasukan dari Liga Perdana, 1 slot ‘istimewa’ Lions XII FC dan 1 playoff antara pasukan tangga ke-10/11/dan 12 Liga Super lawan pasukan tangga ke-2 Liga Perdana. Format play-off adalah secara kalah mati dan dimainkan di gelanggang berkecuali.

Dalam pada itu, 2 pasukan Liga Super 2013 akan turun ke saingan Liga Perdana 2014 manakala begitu juga dengan 2 pasukan Liga Perdana 2013 akan dinaikkan ke Liga Super 2014. Apapun keistimewaan untuk pasukan Lions XII FC, walaupun mereka menghuni tangga tercorot liga mereka tidak akan diturunkan divisyen. Ini kerana mereka adalah pasukan jemputan dan beraksi atas tiket ‘istimewa’ berkenaan sebagai tukaran dengan pasukan Harimau Muda A yang sedang beraksi dalam Liga Singapura (Liga-S).


Tags: , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Comments are closed.