KLServer

KONSERT FAIZAL TAHIR KL LIVE 1 JULAI 2012

| 31/05/2012

Konsert terakhir beliau adalah pada 2 tahun lepas dan kemunculannya buat pertama kali ini di KL Live, Kuala Lumpur pada 1 Julai 2012 sudah semestinya amat ditunggu peminatnya. Faizal Tahir adalah antara artis terkemuka tanah air dan beliau sememangnya sinonim dengan gimik-gimiknya yang membuatkan persembahannya bertambah menarik.

Sumber Gambar : MStar

Konsert yang dianjurkan oleh ZackkoolG dengan kerjasama The 8 Unit itu merupakan konsert kedua Faizal selepas persembahannya pada dua tahun lalu. Faizal Tahir dikatakan akan mempersembahkan sebanyak 10 buah lagu selama sejam dengan membawakan lagu-lagu popularnya seperti Karma, Bencinta dan Hanyut menggunakan susunan muzik yang berbeza.

Tiket konsert yang berharga RM98, RM138, RM238 dan RM300 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my dan akan dijual bermula Jumaat ini. Dalam pada itu, bagi sesiapa yang membeli tiket sebelum tarikh 15 Jun 2012, potongan harga sebanyak 20 peratus akan diberikan.


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.