AKTA KETERANGAN (PINDAAN) 2012 BERKUATKUASA HARI INI 1 JUN 2012

AKTA KETERANGAN (PINDAAN) 2012 BERKUATKUASA HARI INI 1 JUN 2012

1 67

Sebelum ini boleh dikatakan orang ramai begitu lantang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan sebagainya walaupun tidak tahu asal usul cerita berkenaan sehingga menimbulkan fitnah dan boleh menggugat ketenteraman awam. Jadi dengan perlaksanaan Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berkuatkuasa hari ini (1 Jun 2012) ianya boleh dianggap sebagai langkah untuk menjadikan seseorang lebih bertanggungjawab dalam sebarang urusan atas talian (online) menerusi sebarang media.

Perlaksanaannya mungkin agak ketat dan mungkin membataskan sebarang aktiviti online samada menerusi laman facebook, blog dan sebagainya kerana apa-apa aktiviti yang diterbitkan menerusi media berkenaan jika ada sebarang ‘kesalahan’ maka tuan punya laman dan media berkenaan dianggap bertanggungjawab sepenuhnya dan mereka perlu membuktikan jika benar mereka tidak bersalah. Itu yang ammboi faham.

Berdasarkan apa yang terkandung dalam Akta Keterangan (Pindaan) 2012, anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya :

  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Anda mempunyai talian internet di rumah (home network) dan berkongsi bersama beberapa rakan anda dan orang lain dalam rumah. Maka anda dianggap bertanggungjawab dalam apa juga yang mereka terbitkan menerusi akaun internet anda.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Jika seseorang “tweakjacks” akaun Facebook anda atau menerbitkan sebarang status update yang negatif maka anda adalah bertanggungjawab keatasnya juga.

Jadi, selepas ini kita kena lebih berhati-hati dalam sebarang urusan atas talian. Jangan biarkan akaun kita terdedah kepada sesiapa. Berdasarkan keterangan yang diberikan, nampaknya seperti kita kena senantiasa memantau aktiviti dalam blog atau laman facebook kita. Jika tidak mungkin buruk padahnya. Pada mereka yang memiliki banyak blog atau Facebook Page mungkin anda akan rasa semput dengan perlaksanaan akta ini. Kena senantiasa pantau untuk elakkan sebarang aktiviti yang tidak diingini la kan.

Apapun, bagaimana pula dengan mereka yang popular? Macam ammboi tak apala, tak popular pun. Jadi, jika seperti Saiful Apek, Fasha Sandha, Siti Nurhaliza, dan ramai lagi, mereka ini rasanya memiliki lebih dari satu akaun facebook. Yela, banyak penyamaran dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab. Berdasarkan kenyataan diatas, mereka ini bertanggungjawab diatas sebarang kesalahan yang dilakukan dalam Facebook Page berkenaan kerana ada gambar mereka dalam tu kan. Bagaimana pula dengan Datuk Seri Najib? Rasanya tak terkira facebook page beliau kan?

[Update] Walaubagaimanapun, akta berkenaan masih lagi dalam perbincangan walaupun ianya sudah dikuatkuasakan hari ini, dan ianya masih tidak menekankan perkara berkaitan internet lagi walaupun ianya termasuk dalam perkara kedua pada akta tersebut.

Sumber rujukan : The Star | Amanz.my