ROBBIE FOWLER SEDIA BERAKSI DALAM LIGA MALAYSIA

ROBBIE FOWLER SEDIA BERAKSI DALAM LIGA MALAYSIA

1 87
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, Robbie Fowler menyatakan kesediaannya beraksi dalam Liga Malaysia sekiranya tawaran yang diberikan menarik. Beliau sebelum ini beraksi dalam Liga Perdana Thailand bersama kelab Muangthong United sejak tahun lalu sebagai pemain sebelum dilantik menjadi pengurus sehingga pertengahan musim 2012.

Beliau menyatakan tugasnya di Thailand sudah selesai dan selepas ini, beliau akan kembali ke England untuk menguruskan beberapa perkara selain berbincang mengenai beberapa tawaran di sana. Ketika ini beliau ada mendapat beberapa tawaran bermain dalam Liga Kejuaraan England, antaranya Blackpool namun tawaran yang diberikan tidak menarik minatnya lalu beliau mengambil keputusan untuk menunggu sehingga akhir musim ini.

Jika benar Robbie Fowler bersedia untuk beraksi di Malaysia, mungkin ini adalah permulaan baik untuk pasukan Liga Malaysia memikatnya. Usinyanya baru 36 dan untuk pemain eropah rasanya masih belum terlewat lagi untuk bersaing dengan pemain lain dalam liga bolasepak Asia. Apatah lagi dengan pengalaman luasnya, begitu juga dengan pengaruhnya. Mungkin akan menarik lebih ramai lagi pemain bintang ‘pencen’ dari eropah untuk beraksi di sini.