SAFEE SALI TERKILAN – KEMARAU GOL BERPANJANGAN!

SAFEE SALI TERKILAN – KEMARAU GOL BERPANJANGAN!

1 58

Nampaknya penyerang sensasi negara, Safee Sali yang bergelar jutawan bolasepak pertama di Malaysia dengan kontrak bernilai RM2 Juta di kelab Pelita Jaya, Indonesia terus dihantui kemarau jaringan yang kini menjangkau 6 bulan untuk skuad Harimau Malaya.

Dalam kritikan dan komen peminat bolasepak tanah air yang hampa dan kecewa dengan aksi beliau dalam beberapa perlawanan lepas, Safee Sali juga menanggung kekecewaan yang lebih berat. Bak kata pepatah, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’.

Safee Sali juga meluahkan kekecewaan kerana gagal menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Filipina tempohari walaupun mengakui pasukannya bermain dengan baik dan menguasai permainan namun kegagalan penyudah menyaksikan skuad Filipina pulang gembira dengan keputusan seri tanpa jaringan. Safee beritahu antara punca kegagalan penyudah mungkin disebabkan faktor padang dan kegopohan untuk menghasilkan gol.

Apapun beliau berjanji untuk beraksi dengan lebih baik dan menggegar gawang Singapura dalam aksi persahabatan antarabangsa seterusnya di Stadium Jalan Besar, Jumaat (8 Jun 2012) ini.