CUEPACS DESAK KERAJAAN BANTU PENJAWAT AWAM SUKAR BELI RUMAH

CUEPACS DESAK KERAJAAN BANTU PENJAWAT AWAM SUKAR BELI RUMAH

1 61
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

CUEPACS senantiasa cuba untuk membantu kakitangan awam dalam pelbagai aspek. Usaha yang berterusan dari wakil penjawat awam itu banyak membantu seluruh perkhidmatan awam selama ini. Hari ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan dan pemaju-pemaju perumahan agar bersama-sama membantu penjawat awam berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah tanpa membebankan mereka.

Menerusi Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, beliau berkata ia ekoran kenaikan harga rumah yang begitu pantas dan dilihat tidak terkawal. Katanya, seorang penjawat awam Kumpulan Pelaksana yang menerima gaji bulanan tanpa sebarang pendapatan tambahan tidak berkemampuan membeli rumah di bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang kerana harga rumah yang melambung tinggi.

Sememangnya penjawat awam kurang berkemampuan untuk memiliki rumah dengan pendapatan yang boleh dianggap ‘rendah’ berbanding beberapa sektor lain. Mungkin dengan purata gaji antara RM2,000 ke RM3,000 penjawat awam hanya mampu membeli rumah sekitar RM100,000 sahaja (dalam jenis flat kos sederhana mungkin).

Lok Yim Pheng juga menjelaskan, sebagai contoh, pekerja yang berpendapatan RM3,000 sebulan yang ingin membeli rumah pangsapuri bernilai RM160,000 ke RM200,000 akan berdepan kesulitan dari segi pembayaran.