FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA DAN ZUHRAH LINTASI MATAHARI

FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA DAN ZUHRAH LINTASI MATAHARI

0 73
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Gerhana bulan separa dapat dilihat bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam di Pulau Mabul di sini malam ini. Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam.

Transit planet Zuhrah melintasi matahari pada berlaku pada pagi Rabu ini bermula 6.27 pagi dan berakhir pada jam 12.49 tengah hari. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan. Rakyat Malaysia berpeluang  menyaksikan fenomena itu ketika matahari mula terbit.

Untuk makluman, Planet Zuhrah juga dikenali sebagai ‘Kejora’ hanya boleh dilihat melintasi matahari 100 tahun akan datang, jadi orang ramai perlu mengambil peluang ini bagi menyaksikan keajaiban alam ini. Penduduk di Asia Timur, Utara Amerika Barat, England dan Timur Kanada turut berpeluang menyaksikan fenomena ini.