KLServer

MENJELANG PERTEMUAN SINGAPURA VS MALAYSIA 8 JUN 2012 | HARIMAU WASPADA ANCAMAN SANG SINGA!

| 06/06/2012

Datuk K. Rajagobal mengingatkan anak-anak buahnya agar fokus dalam pertemuan dengan musuh tradisi Singapura dan melupakan kedukaan ketika seri menentang Filipina. Beliau mahu skuadnya berwaspada dengan ancaman Singapura. menjelang aksi persahabatan menentang skuad republik itu di Stadium Jalan Besar, Jumaat ini.

Menurut beliau, kekecewaan sekadar seri tanpa jaringan dengan skuad The Azkal di Stadium Shah Alam minggu lepas harus segera dibuang jauh- jauh oleh setiap pemain. Sebaliknya kata beliau, semangat untuk menang wajib dituntut daripada setiap pemain Harimau Malaya supaya tidak berputih mata Jumaat ini.

Beliau juga berkata skuadnya akan bermain untuk menang, tidak ada mana-mana pasukan di dunia yang mahu kalah meskipun ia sekadar perlawanan persahabatan.

Membalas sindiran beberapapihak yang lantang mengkritik skuadnya selepas seri dengan Filipina, beliau menyatakan sebelum skuadnya muncul juara Sukan SEA dan Piala AFF sebelum ini, tiada sesiapa pun yang memberikan ‘resipi’ kepadanya. Situasi itu jelas berbeza sekarang sedangkan skuadnya hari ini rata-ratanya dibarisi pemain yang sama semasa muncul juara ketika itu.

Selepas aksi Jumaat ini, Malaysia bakal berdepan lawan yang sama di Stadium Shah Alam empat hari kemudian sebagai persiapan awal mempertahankan Piala AFF, November depan. Untuk rekod, Malaysia tewas menerusi agregat 4-6 kepada Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Julai tahun lepas.

 


Tags: , , , , ,

Category: MALAYSIA NATIONAL TEAM

Comments are closed.