KEPUTUSAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-55 TAHUN 2012

KEPUTUSAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-55 TAHUN 2012

0 173

Johan Qari, Muhammad Anuar, 36 yang bertugas sebagai guru Pendidikan Islam dan berasal dari Kelantan, melahirkan kesyukuran atas kemenangannya dalam pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-55, dan dengan ini beliau akan mewakili Malaysia untuk menghadapi tilawah peringkat antarabangsa, Julai ini. Beliau berikrar akan memberikan bacaan terbaik dalam pertandingan pada peringkat antarabangsa. Oleh itu beliau bercadang berguru dengan mereka yang berpengalaman bagi mempertingkatkan bacaan tharanum dan tajwid.

Johan Qariah, Che Aminah, 57, pula berkata beliau teruja untuk bertanding buat kali pertama pada peringkat antarabangsa. Che Aminah memperoleh 84.33 mata manakala Muhammad Anuar yang mendapat 93.66 mata dipilih sebagai pemenang qari serta qariah tilawah yang berakhir malam tadi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor. Johan qari dan qariah membawa pulang wang tunai RM15,000 dengan pakej menunaikan haji, piala pusingan dan hadiah iringan.

Naib johan qari disandang Zul-Hasyimi Mohamed Yunus dari Pahang dan qariah, Nur Faten Izzati Rablin (Sabah) manakala ketiga qari diraih Mohamad Raffe Ghalil Abbas (Sabah) dan qariah oleh Marzian Mohd Deli (Kedah). Johan keseluruhan tilawah tahun ini dimenangi Pahang dengan mengumpul 83.17 mata.