TAN SRI ANNUAR MUSA SEKALI LAGI BIDAS FAM ‘TAK BUAT KERJA’!

TAN SRI ANNUAR MUSA SEKALI LAGI BIDAS FAM ‘TAK BUAT KERJA’!

2 42

Isu ‘perang’ antara Tan Sri Annuar Musa dan badan induk bolasepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus berpanjangan. Sebelum ini TSAM telah berikrar akan terus menyerang FAM hanya bukan kerana sebab peribadi namun demi pembangunan bolasepak kebangsaan yang lebih telus dan adil selain mahu membangunkan arena bolasepak negara kita.

Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan TSAM, beliau membidas jawatankuasa pasukan kebangsaan yang gagal menyediakan pelan induk lengkap yang menyebabkan ranking skuad negara terus merosot. Menurutnya, pelan induk perlu dirangka sekurang-kurangnya tiga tahun lebih awal bagi mendapatkan hasil memberangsangkan. Sekiranya FAM masih mengamalkan cara seperti yang dilakukan sekarang, beliau berpendapat prestasi pasukan kebangsaan tidak akan berubah.

Apa yang TSAM katakan itu ada benarnya. Prestasi pasukan kebangsaan kita dilihat agak suram dan kita boleh lihat bagaimana Vietnam dan Filipina terus meningkat naik. Sedangkan Malaysia masih kekal ditangga kelima ASEAN. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan FAM. Apabila dikritik, mereka hanya tahu ungkit kejayaan menjulang Pingat Emas Sukan SEA dan Piala AFF walhal itu adalah sesuatu yang sudah lepas. Bagaimana pula dengan perancangan hari ini dan dimasa hadapan?