PUTERI CAROLINE JUARA MENTOR 6 2012

PUTERI CAROLINE JUARA MENTOR 6 2012

0 44

Tahniah diucapkan kepada Puteri Caroline Mohd Kamel (Caroline), protege kepada Ratu Rock Ella berjaya meraih gelaran Juara Mentor 6 (musim keenam) yang berlangsung di Stadium Malawati malam tadi. Caroline berjaya mengutip 71 markah dan berjaya menewaskan 2 lagi finalis Mentor 6 yang lain.

Sebagai Juara Mentor 6, Caroline membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Sementara itu, Zatul protege kepada Ogy Ahmad Daud mendapat tempat kedua dengan 60 markah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi. Protege Faizal Tahir, Anas mendapat tempat ketiga dengan 50 markah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Untuk makluman, Finalis Mentor musim keenam diadili oleh juri profesional sebanyak 50 peratus markah, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam. Sumber Gambar : GUA