MULA191014TAMAT190115
KLServer

UMUR PERSARAAN MINIMUM PEKERJA SWASTA DILANJUTKAN SEHINGGA 60 TAHUN MULAI JANUARI 2013

| Jun 14, 2012

Umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan sehingga 60 tahun berkuat kuasa Januari 2013 berbanding 55 tahun. Ia semestinya satu berita gembira buat semua kakitangan swasta yang memerlukannya. Bukan apa, jika umur 55 rasanya hutang masih banyak dan pekerja memerlukan masa untuk menyelesaikan mana-mana hutang dan sebagainya. Dibawah ada sedikit petikan mengenai Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012.

Berdasarkan Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam :

  1. Majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai umur 60 tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 jika berbuat demikian.
  2. Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan.
  3. Dengan perlaksanaan Umur Persaraan Minimum Pekerja Swasta Sehingga 60 Tahun kelak, semua kontrak perkhidmatan umur persaraan kurang daripada 60 tahun akan terbatal.
  4. Akta itu juga membenarkan pekerja yang dibersarakan lebih awal mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh persaraan.
  5. Jika Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan pekerja pada pekerjaan asal dan membayar semula tunggakan gaji bermula tarikh dibersarakan sehingga tarikh pengembalian semula.
  6. Sebagai pilihan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih daripada jumlah keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dibersarakan sehingga tarikh pekerja mencapai umur persaraan wajib.
  7. Rang undang-undang itu tidak terpakai bagi pekerja yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan menerima emolumen kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.
  8. Ia juga tidak terpakai bagi pekerja dalam tempoh percubaan, bukan warga Malaysia, perkhidmatan domestik, pekerja yang tempoh kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara.
  9. Pekerja yang bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini dan kembali bekerja selepas itu juga tidak tertakluk kepada akta itu.

Anda pula bagaimana? Adakah anda setuju dengan perlaksanaan rang undang-undang ini? Jika tidak sekalipun anda tetap ada hak untuk bersara awal. Ini cuma peluang untuk mereka yang amat memerlukan pekerjaan dalam usia yang ‘masih dikelilingi dengan hutang’.


Tags: , ,

Category: ADMIN

Comments are closed.