MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

JEREBU DI SELANGOR – 3 KAWASAN CATAT KUALITI UDARA TIDAK SIHAT

| Jun 15, 2012

Patutlah rasa ketat sahaja hidung bila berada diluar pejabat. Tengok keadaan sekitar memang macam berasap. Sampaikan bangunan Parlimen yang berada berdekatan pejabat pun nampak samar-samar. Berita hari ini melaporkan, tiga kawasan di Selangor mencatatkan kualiti udara yang tidak sihat setakat pukul 11 pagi Jumaat. Menurut maklumat di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar petang tadi, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menunjukkan Kuala Selangor mencatatakan 131, diikuti dengan Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106).

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU berbahaya apabila bacaan melebihi 301. Kualiti udara yang sederhana dicatatkan di 32 kawsan di Semenanjung Malaysia termasuk di Seri Manjung (94) di Perak, Cheras (91) di Kuala Lumpur (91) dan Petaling Jaya (85). Jerebu yang berlaku dipercayai berpunca daripada kemarau yang melanda Sumatera.

p/s : jangan bermain-main diluar rumah dan pejabat…


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.