ASTRO ON-THE-GO | DIMANA SAHAJA ADA ASTRO!

ASTRO ON-THE-GO | DIMANA SAHAJA ADA ASTRO!

0 333

Astro On-The-Go | Mungkin ramai yang masih belum kenal dengan aplikasi baru yang dilancarkan oleh Astro untuk pelanggannya. Astro On-The-Go ini membantu anda untuk terus menonton saluran Astro tidak kira dimana jua anda berada selagi anda terus bersambung dengan rangkaian internet.

Anda boleh menonton saluran Astro menerusi komputer riba anda melalui Astro On-The-Go versi Web atau menerusi tablet pc seperti iPad dan juga iPhone. Untuk versi Android ianya masih belum dilancarkan buat masa ini. Dengan pendaftaran ringkas sahaja dan linkkan akaun Astro anda dengan Astro On-The-Go, selepas itu anda boleh menonton saluran Astro dimana sahaja.

Buat permulaan, sebanyak 11 saluran yang disediakan merangkumi hiburan dan informasi serta ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan Astro sehingga 31 Ogos 2012 ini. Hanya pada fasa kedua yang akan bermula pada 1 September ini, pengguna iPhone dan Android boleh menikmati perkhidmatan Astro-On-The-Go ini. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi laman web www.astro.com.my/onthego, manakala pengguna iPad pula perlu memuat turun aplikasi yang disediakan.

——————–

ASTRO ON-THE-GO

Versi iPad | Versi iPhone | Versi Android